Sunday, May 22, 2011

Isu Harga Minyak Bakal Naik - PLKN Wajar DiKorbankan?????


Isu Harga Minyak Bakal Naik - PLKN Wajar DiKorbankan?????
 Baca je tajuk saya pasti ramai yang tak sabar nak klik .... bukan nak baca sangat, tapi nak hentam saya hehehehe. Saya pun sebenarnya malas nak sentuh hal PLKN ni tapi bila dah disebut beberapa kali oleh beberapa pemimpin betapa perlunya dipertahan PLKN dalam kita menghadapi kegawatan diatas dasar ia menyumbangkan kepada perpaduan kaum, saya kena komen jugalah. Ya, mereka yang pro Kerajaan akan mempertahankan tindakan pemimpin kerajaan tapi saya harap biarlah secara ilmiah. :) sebab saya nak faham juga kenapa ia berbaloi dipertahankan.

Peruntukan PLKN tidak akan dipotong - Abdul Latif Utusan 22/5

Beliau berkata, pada masa ini jumlah peruntukan untuk program itu ialah RM700 juta bagi kesemua 140,000 pelatih yang terlibat setiap tahun.

"Kita membelanjakan RM46 sehari bagi setiap pelatih yang merangkumi tempat penginapan, makanan dan persiapan modul... ini merupakan pelaburan jangka panjang negara.
"Pelaburan ini adalah bagi memastikan integrasi antara kaum yang merupakan pusat graviti negara berjaya dalam usaha mengekalkan keharmonian dalam berbilang bangsa,”

Saya rasa tak lari jauh kalau kita ambil angka RM1bil kalau diambilkira gaji pelatih, uniform, pengangkutan, elaun pelatih dan lain-lain.

Secara peribadi saya tidak nampak PLKN mampu menyumbang banyak kearah memupuk perpaduan antara kaum sesama pelatih. Apalah yang mampu dicapai dalam masa 3 bulan kemudian masing-masing akan kembali kepada kehidupan biasa semula.... lebih-lebih lagi jika kita ambilkira faktor kelemahan dalam Bahasa Kebangsaan pelatih hasil sekolah cina ?

Perbualan dengan seorang bekas jurulatih PLKN di Terengganu hanya menyokong persepsi saya kerana katanya para pelatih lebih suka berada dalam kelompok kaum masing-masing sepanjang tempoh latihan.

 Dalam satu artikel saya bulan lepas  saya ada memetik kenyataan Khairy Jamaluddin melalui artikelnya yang menyatakan beliau berpendapat PLKN tidak menepati sasaran membentuk perpaduan dan hasilnya tertubuhlah program RIMUP disekolah-sekolah. ( 2006-2010 ) Maknanya kabinet yang meluluskan program RIMUP juga mengakui kelemahan PLKN itu.

Bayangkan kerajaan membelanjakan paling kurang RM4500 ( RM50 x 90 hari ) bagi setiap pelatih untuk menghadiri satu program yang gagal mencapai matlamat ? ! Kalau PLKN itu berbentuk National Service di Singapura dimana setiap pelatih di beri latihan ala tentera, saya setuju diteruskan. Tapi kalau habiskan masa 3 bulan dengan belajar buat persembahan nyanyian, ( sambil tepuk tangan ..... macam dalam iklan PLKN hehehehe ), aktiviti ala pengakap dan sedikit sebanyak program motivasi, bagi saya tak perlu nak diperhabiskan RM1billion setiap tahun.

Bukan takde kebaikan PLKN ni ..... apapun benda memang ada yang positif kalau dicari. Tapi dalam keadaan ekonomi gawat tahap akut yang bakal dilalui negara dimana rakyat bakal berdepan dengan kenaikan harga pelbagai barang keperluan ( tanpa dibekalkan kenaikan dalam pendapatan ), bagi saya lebih baik dihentikan saja program PLKN yang bersamaan penjimatan RM1 billion ! Bila ekonomi dah ok balik, bolehlah diteruskan semula.

Banyak 1billion tuh ! Kalau boleh dijimat beberapa benda lain lagi, saya percaya kenaikan harga bahanapi adalah minima dan tidak membebankan rakyat. Apasalahnya dikorbankan PLKN buat sementara demi negara ?


No comments:

Post a Comment