Sunday, May 22, 2011

Di Mana Agenda BUMIPUTERA UDA???


Dimanakah agenda bumiputera UDA ? oleh Dr. Siti Nabiha, USM

INDEKS prestasi utama (KPI) yang ditetapkan ialah pemilikan hartanah bumiputra di kawasan bandar, sasarannya 30 peratus, jangka masa pencapaian 20 tahun. Pelan tindakan merangkumi penubuhan agensi pelaksana berserta dengan penggubalan polisi dan akta parlimen. Setelah perdebatan di Parlimen, Akta 46, Pembangunan Bandar 1971 diluluskan. Lahirlah Lembaga Kemajuan Bandar (UDA) pada 12 November, 1971 dengan harapan yang tinggi, mengalas amanah mengisi kemerdekaan.






Fungsi UDA jelas termaktub dalam akta tersebut. UDA bertanggungjawab untuk "mempromosi dan menjalankan projek dalam kawasan pembangunan bandar dengan fokus untuk mencapai keseimbangan peluang antara kaum dalam bidang perdagangan dan industri , perumahan dan aktiviti-aktiviti lain" UDA juga adalah agensi yang bertanggungjawab untuk "menterjemahkan polisi kerajaan mengstruktur masyarakat melalui pembangunan perbandaran kepada program-program tindakan"


Senang cerita, UDA ditubuhkan mejadi pemaju kawasan bandar untuk bantu orang Melayu. Kalau diserah kepada faktor pasaran dan pmaju yang berorientasikan keuntungan semata-mata, maknanya Melayu memang takde tempat dikawasan bandar.Tak mampu. Tapi kenyataan pengerusi UDA amat berlawanan dengan tujuan penubuhannya -


"Realiti ekonomi kini memaksa untuk berpisah daripada amalan biasa menetapkan kuota pemilikan bumiputra dalam projek-projek kami. Model perniagaan sekarang akan mempunyai campuran optimal pembeli yang mempunyai kelebihan kuasa pembelian untuk memastikan peningkatan nilai hartanah di masa hadapan UDA tidak boleh lagi mensubsidikan agenda bumiputera tanpa mengambil kira pulangan atas pelaburan".


Artikel merujuk kepada projek pembangunan UA dikawasan bekas penjara Pudu yang merupakan kawasan paling strategik diKL. UDA merancang membangunkannya berdasarkan permintaan pasaran. Hasilnya, tiada kuota bumiputra ditentukan dalam projek tersebut walaupun UDA membayar harga premium yang rendah untuk tanah tersebut. Hasilnya, keseimbangan ekonomi antara kaum dan agenda sosial bukan lagi menjadi matlamat utama UDA.




UDA merasakan ia mempunyai kekangan untuk melaksanakan dan seterusnya mencapai matlamat asalnya iaitu untuk membantu dan mempastikan penyertaan bumiputera baik dari segi pegangan hakmilik rumah mahupun premis perniagaan di kawasan bandar. Jadi dikatakan tindakan UDA in adalah untuk menjana dana supaya dapat mengalas agenda bumiputra di masa depan. Jika pada masa kini, agenda bumiputra tidak diperdulikan, apakah jaminan, ianya akan dibuat dimasa hadapan?




Data juga menunjukkan bahawa 79 peratus daripada mereka yang berpendapatan rendah, iaitu kurang daripada RM1,000 adalah golongan bumiputera. Adakah agenda bumiputra akan tercapai jika pembangunan baru UDA adalah untuk bumiputera yang kaya. Apakah perbezaan UDA dengan syarikat-syarikat hartanah yang lain? Bagaimana dengan usaha untuk mengupayakan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang hanya tercapai apabila ada komitmen untuk menyediakan ruang berniaga kepada usahawan bumiputera dan juga perumahan mampu milik di kawasan bandar? Adakah UDA telah lari daripada agenda bumiputra? Apakah sasaran memperkasa dan melahirkan MPPB akan timbul dengan cara ini?

Saya harap pihak UDA akan menjawap artikel itu. Biasa sangat dah benda ni, waktu umumkan apa-apa projek, kerajaan akan berjanji ia untuk tolong Melayu, sekian-sekian kuota untuk Melayu... tapi lihatlah sekeliling kita. Setiap bandar diMalaysia yang dikuasai cina SEMUANYA berasal dari janji untuk tolong Melayu. Tapi hasilnya ......

Saya bercadang nak sambung mengenai penulisan saya tentang projek pembangunan di Kuala Terengganu yang masih dalam proses pengambilan / pembelian tanah orang kampung sebelum dimajukan dimana saya dakwa sebagai satu proses jangka panjang dimana kita boleh menyaksikan bagaimana bandar Melayu terakhir menjadi milik cina. Realiti show gitu .... menunggu masa yang sesuai.


from blog dinturtle..

No comments:

Post a Comment