Sunday, May 22, 2011

Ayat TPM Kurang Tepat - Rakyat Bangsa Melayu Tidak Menuntut Pelbagai Perkara

Mulanya saya baca kenyataan Muhyiddin PRU13 sangat perit jika BN gagal kuasai dua pertiga rasa biasa je. TPM jangka ia bakal menjadi paling sengit kerana parti-parti pembangkang sangat agresif. Bla .... bla.... bla ..... semua sudah sedia maklum.

Cuma ada satu ayat yang saya cukup tak setuju kerana bagi saya ia kurang tepat.

" Rakyat sekarang menuntut pelbagai perkara dan perlu dipenuhi, "

Biasanya perkataan 'menuntut' dalam konteks ini bermaksud meminta sesuatu dengan keras dan ia dikaitkan dengan meminta perkara yang kita tidak ada, belum cukup, atau belum puas.

Bagi saya orang Melayu tidak pernah menuntut apa-apa yang baru yang perlu kerajaan penuhi. Melayu hanya mahu haknya jangan diambil. Melayu hanya mahu kerajaan menjaga hak Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan. Melayu tak minta lebih walau sedikit pun.

Melayu cuma mahu kerajaan jangan ambil hak Melayu untuk diberikan kepada kaum lain.Melayu cuma mahu kerajaan pastikan kaum lain tidak merampas hak Melayu.

Tuntutan rakyat berbangsa Melayu sebenarnya satu tuntutan yang paling senang untuk dipenuhi tapi dijadikan satu masalah besar oleh kerajaan yang mahu penuhi tuntutan kaum lain demi menjaga hati mereka. Rakyat kaum lain yang menuntut apa yang ada pada Melayu.

Siapapun pasti marah kalau haknya dirampas lebih-lebih lagi untuk diberikan kepada mereka yang tamak, mereka yang sudahpun memiliki LEBIH dari apa yang Melayu sendiri miliki. Jadi salahkah Melayu mempertahankan haknya sendiri ?

Ayat diatas sepatutnya berbunyi -

" Rakyat bangsa cina sekarang menuntut pelbagai perkara dan kerajaan perlu penuhi dengan mengambil dari hak bangsa Melayu untuk diberikan kepada mereka. "

No comments:

Post a Comment